Tuesday, December 30, 2008

BBQ malam raya qurban...

assalam mualaikum..

nie pic masa malam BBQ masa ari raya qurban ari tu.. dari xde wat apa kan, adik badek belah mak plan nak wat BBQ nie.. tp pic kat bawah nie ada gak yeng x dapat diambil gambo nya sbb blm smpt amik pic dah abis benda nya.. so dapat amik mana yg sempat jek lah.. (gelojoh betol!!!).. hehehehe.. k la, selamat menghayati pic yang disertakan sbb ada gak amik pic makanan.. hehehehe.. jgn terliur k.. see ya.... mmmuuuaahhhh....

nie kak ipar ngan ank sedara duk tunggu makanan.. sian tul!!!

hah!! nie daging salai black pepper.. sedap gler!!!!

yg baju kuning tu lah tokey daging salai.. ayah anjang namanya.. adik mak zura..

nie zura ngan sepupu zura.. sempat gak lg posing.. ngah tunggu satay..

hah!!! tengok2!! terliur x?.. hehehehe..

zura ngan adam dh siap sedia nak pi menyerang la nie..

tokey daging kepenatan..

sian darling mama!!! lapar ae!!

nie makcik2 zura.. auntie manja ngan makcu (bju purple.. tokey jagung)..

nie lah jagungnya.. manis sgt rasanya..

nie blm masa berperang ngan bara & arang lg..

otak2 kempas SATU!!!!!

masing2 dh kepenatan.. penat sbb dh kenyang sangat..

nie lah ayam perap resepi zura.. paling sedap nie!!! perasan!! kerja keras pak yassin!!!!

ank sedara ngan mak sedara ngah tunggu makanan...

mak zura ngan adik mak, auntie sepet kitorg panggil..

dikelilingi sepupu sepapat..

zura ngan makcik zura auntie manja..

zura ngan sepupu zura.. pantang nk snap, semua datang..

sedap nie kacang rebus nie.. sponsor by auntie sepet gak..

nie lah penyambung warisan kecantikkan cucu

Friday, December 26, 2008

salam hijrah 1430H

assalam mualaikum..

dh lamanya x jengah blog nie.. rindu tul nak menulis.. isnin nie dh awal muharram (1430H).. dh masuk thn baru ikut kelendar islam.. so, apa azam baru ae?.. azam baru zura of course la jadi orang yg lebih baik, lebih beriman (cewah!!!), lebih sabar.. semoga thn baru nie zura di murahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang memuaskan dan semoga segala projek yg sedang atau yang bakal zura lakukan berjalan dengan lancar dan zura berjaya.. amin.. mana tau gak thn baru nie zura dapat pendamping hidup.. hehehehehe (gatal tul!! anak sapa la nie).. amin.. semoga gak keluarga zura diberkati dan bahagia selalu, semoga mak, ayah, abg, kak ipar ngan adam seta seluruh keluarga zura dikurniakan kesihatan dan dipanjangkan umur.. apa pun azam kawan2 zura, zura sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua.. salam hijrah 1430 dari zura untuk semua.. good luck.. mmuuaahhhh.....

Wednesday, December 17, 2008

ermmmm... what do u think?...

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda
abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA.

Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu."KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.
CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.
Tak lama lewatlah KECANTIKAN. "KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.
CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?
Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu."Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu... ...


* fikir-fikirkanlah.. :)

Tuesday, December 16, 2008

hai! i'm back....

assalam mualaikum..

hari nie zura baru naik keje, semalam cuti.. sian budak kecik tu dok kata bosan semalam.. al maklum jek lah kalo team x cukup mmg macam tu.. hehehehe.. tp ari nie bukannya x de mood tau tp banyak benda yg dipikirkan.. mcm semalam zura cuti sbb ada urusan peribadi la tp temankan kan mak check up untuk buah pinggang.. ayah pun cuti semalam.. kalo biasanya pi spital sbb mak jek yg nak check tapi semalam citernya jadi lain.. semalam adam pun check sekali.. nape?.. walaupn semalam relief sket sbb buah pinggang mak xde masalah tp lain citernya plak ngan adam.. beberapa hari sebelumnya, ada ketumbuhan mcm bisul kat blkg kepala adam dan sangkaan kita semua pun mmg bisul la tp ari sabtu, bisul tu makin besar dan tumbuh lagi satu kat belakang telinga.. kak ipar zura hantar ke klinik tp doc cakap xde apa2.. nak kata dia jatuh xde plak.. pastu bila kak ipar balik kg pada ari ahad, ada 1 org tua yg jumpa kak ipar kat majlis kawen ckp kat kepala adam tu bukan bisul.. so semalam kak ipar pun ikot sekali pi utk check up adam.. doc amik sample n suh datang lagi 3 hari.. tp doc pun dh kompomkan yang tumbuh tu bukan bisul.. hopefully semua nya ok.. sian darling kecik zura tu.. sabar jek lah.. k la, x tau nk tulis apa lagi.. lgpun katanya jap lg bos masuk ari nie.. k la, see ya next time.. mmmuuuaaahhhh...

Monday, December 15, 2008

bosannye.......................

ari ni macam biasala,keje banyak sangat.sampai x cukup tangan nak buat tu.senang kata memang banyak keje la.maklumla orang rajin memang cam tu.ari ni kak lin cuti sampai ari rabu,khamis baru naik keje.kak zura pun cuti juga,tapi ari ni je la.tinggal la fairus ngan kak zana je.tu sebabnye bosan.kalau ikutkan fairus pun nak cuti juga tapi memandangkan keje terlalu banyak nak cuti pun susah.(maklumla orang rajin memang cam tu he..he..)nampaknye ari banyak diam daripada berkata-kata.ok la penat ni taip,nanti sambung lagi k.bye......

Friday, December 12, 2008

nak share.....

kenali lelaki melalui zodiak..

jgn la percaya sangat tapi sekadar nk sharing jek.. kalo betul sama pun maybe secara kebetulan jek.. jgn la percaya sangat sbb benda2 mcm nie sekadar bahan tatapan sepantas kilat jek.. selamat membaca.. (lepas nie kompom masing nak check zodiak bf @ suami masing2 kan.. hehehehehehe)

Lelaki Aquarius: Ia berdarah panas, suka melakukan apa pun mengikut keinginan. Jika tak memahami atau tak mampu mengikut rentaknya, anda takakan selesa bersama dia dalam waktu lama. Gaya percakapannya straight to the point dan tak pandai berbohong. Ia tak suka orang yang mudah putus asa, yang tak ada semangat, dan yang berfikiran cetek. Jangan memancing kecemburuannya kerana ia tak akan membuat kecoh, melainkan pergi meninggalkan anda.

Lelaki Pisces: Ia berjiwa sensitif, pendiam, pemalu, dan sangat emosional.Ia bukan orang yang suka melawan arus, dan lebih memilih jalur aman. Bagi dia, dalam hidup yang penting bukanlah cinta melainkan status dan kestabilan. Ia suka perempuan yang ceria dan cerdas. Jangan menasihati dirinya kerana ia tak suka. Ia lebih menghargai apabila anda mencontohkannya terlebih dulu daripada membebel tak tentu hala..

Lelaki Aries: Ia kelihatan lembut, tapi di dalam hatinya ia orang yang sekeras baja. Halangan kecil tidak akan membuatnya jatuh begitu saja.Keras kepala menjadi ciri dari warga Aries. Pujilah dirinya dan berikan senyuman kepadanya kerana itu akan melembutkan hatinya. Ia gemar menunjukkan apa yang disukainya dan lebih menyukai perempuan yang ada ciri-ciri ibu rumah tangga.

Lelaki Taurus: Taurus pada kebiasaannya tak suka pada undang-undang. Ia sangat suka akan kebebasan. Jika anda ingin bersamanya, jangan membuat syarat-syarat untuknya kerana dia akan segera pergi meninggalkan anda. Ia mampu melakukan perkara-perkara yang pelik pada orang lain. Ia suka mencari dan menganalisis orang dan bermacam-macam perkara lain. Jika anda sedang bersama dengan lelaki taurus, jangan ceritakan terlalu banyak tentang kehidupan peribadi anda, tetapi buatlah dia tertanya-tanya. Cara itu akan membuatkan dia bersemangat untuk mendapatkan hati anda.

Lelaki Gemini: Ia mempunyai kemampuan khusus, handal berkata-kata. Jika diberi kesempatan, ia mampu bercakap tanpa henti. Ia orang yang tak boleh diam, hiperaktif, dan amat pentingkan kekemasan. Ciri utama lelaki gemini adalah sangat memilih dan mudah bosan. Ia dapat mengubah fikirannya sepantas kilat. Ia tak menyukai pekerjaan yang sama setiap masa dan sangat sukar menepati masa. Jika ia datang terlambat bukan kerana ia lupa, tapi kerana ia selalu tertarik kepada perara lain yang menarik perhatiannya.

Lelaki Cancer: Inilah lelaki paling sensitif dari semua zodiak. Mood-nya selalu berubah-ubah. Yang peliknya, perubahan itulah yang membuat dirinya mempersona. Ia bukan jenis lelaki yang berani. Ia akan menunggu masa yang tepat untuk mendapatkan keinginannya. Ia paling tak tahan ditolak dan sangat anti dipermalukan. Ia melindungi dirinya sedemikian rupa sehingga kelihatan tidak romantik. Bakat cancer di antaranya adalah kreatif dan imajinatif. Ia menyukai perempuan yang berdikari, ceria, aktif, ada kepercayaan diri, dan sopan.

Lelaki Leo: Penampilan luarnya menunjukkan ia orang yang lemah lembut,tapi sebenarnya dia kuat dan percaya diri. Kata-katanya selalu permasalahan orang lain, kecuali masalahnya sendiri. Ia bisa terluka kalau Anda tidak memercayai atau tidak menghargai kemampuannya. Ia suka pada orang yang bergantung padanya,karena itu membuatnya merasa berkuasa.

Lelaki Virgo: Ia sangat menghargai masa. Membuatnya menunggu akan dianggapnya sebagai sebuah penghinaan. Ia tak suka dikritik. Ia seorang perfeksionis yang romantik, sanggup mendaki gunung everest hanya untuk mengatakan ia merindukan anda. Perempuan yang menarik hatinya adalah yang rapi dan berpenampilan up to date. Ia seorang yang amat teliti,pendiriannya juga teguh, ya adalah ya, tidak adalah tidak, apa pun orang cakap tidak dipedulikannya. Orang virgo juga terkenal dengan kesetiaannya.

Lelaki Libra: Sebagian besar lelaki libra berwajah tampan dan mempersonakan. Bahkan jika rupanya biasa-biasa pun, tetap terlihat menawan. Yang negatifnya, ia keras kepala dan selalu memulakan pertengkaran. Ketika mood-nya baik, ia lelaki yang menyenangkan. Jika tengah tak ada mood, ia paling suka mencari masalah untuk bertengkar.Secara semulajadi, orang libra suka berada dalam dunianya sendiri. Tak suka melakukan hal yang pelik-pelik. Ia tak suka pada perempuan yang solek berlebihan atau yang mengalahkan artis.

Lelaki Scorpio: Ia sangat sensitif dan mudah terluka. Ia tak pernah mempercayai siapa pun kecuali dirinya. Kesabarannya mengagumkan. Ia dapat menunggu beberapa tahun untuk mencapai tujuannya. Ia sangat serius terhadap cinta dan tak akan membuang masa bersama orang yang tak dicintai.Warga Scorpio terkenal dengan sifat pendendam. Jangan pernah menjanjikan hal-hal yang tak akan dapat dipenuhi kerana ia akan terus menuntutnya. Ia ingin dihargai dan dikagumi, tapi tidak ingin anda menguasai dirinya.

Lelaki Sagitarius: Warga sagitarius suka kehidupan sosial, gelak tawa, dan tak mahu ketinggalan trend terkini. Ia benci rutin seharian kerana membuatnya bosan. Ia bukan pengurus kewangan yang baik. Tapi ia bukan orang yang boros. Ia suka pujian dan kata-kata manis. Ia suka melancong dan melihat tempat-tempat menarik. Sagitarius tak suka akan tanggungjawab,oleh kerana itu ajakan untuk berkahwin akan membuatnya seperti tercekik.Ia mudah sekali jatuh cinta, terutama pada perempuan manis, kelakar, dan yang ada pendirian yang kuat.

Lelaki Capricorn: Ia pendengar yang baik dan dapat memahami semua perkara dengan jelas dan mudah. Mempunyai firasat yang tajam, boleh meneka apayang anda ingin katakan, bahkan sebelum anda mengatakannya. Wanita selalu datang kepadanya tanpa diundang. Ia suka suasana tenang dan damai. Ia akan memberikan anda kebebasan dan hanya melihat dari jauh. Ia kekasih sempurna dari semua zodiak, lelaki romantik yang akan mengajak anda bercengkerama di bawah sinar bulan purnama. Ia tewas pada perempuan yang kemas dan berpakaian cantik.

Thursday, December 11, 2008

pelanduk oh pelanduk.........

hi........
dah lama rasa yer tak update blog ni, asyik zura jer kan.
sori la bz sikit la........kekadg2 ketandusan idea pun ye jugak..........
Tahun ni raya qurban blik umah mak mertua. tak macm tahun2 sblm ni bila kata raya qurban je. kena la beraya kat umah sendiri, masak ketupat sendiri. kali ni blik umah mak mentua, best la blik umah mak mentua sbb dpt makan ketupat, lepat kacang, lemang dan special yer kali ni,dpt makan daging pelanduk. mula yer nak masak memang la takut, bukan takut aper, takut masak tak jdk, yelah ni la first time masak daging pelanduk.tapi try je lah.....masak ngan adik ipar. masing2 bukan yer tukang masak pro pun cuma amatur jer. tapi ckp ngan adik ipor, kalu org tanya ckp jer ni resepi baru, sedap ke tak sedap diorg kena perabis gak lauk tu. tapi alhamdulillah..........resepi kami menjadi, diorg makn smpai nak menjilat jari kaki(tp sempt la trsedor yg nak djilat tu jari kaki hehehe). sodap gak daging pelanduk tu cuma silap masak jer, patut yer masak kari ker, rendang ker, nak tau napa. kitorg mask blackpepper so masak yer tak lama, jdk daging yer liat la sikit.
nilah jdk yer bila, tukang masak pro tak blik umah mak, jdk yer tukang mask amatur terpksa la msk. nasib baik mak mertua trsayang tak bg byk komen.
kali ni dpt daging qurbn pun byk, siap dpt tulang lg, hubby siap dah order suruh masak sup tulang.......tak mcm thun lepas. bila raya kat umah sendiri, tak dpt pun daging qurban yer, sbb org dr tmn lain dah bg perabis dulu.
ok lah, chow dulu......ader keje sikit.
sayonaraaaaaaaa

Wednesday, December 10, 2008

hati panas!!!!!

assalam mualaikum..

ari nie tension giler.. kurang asam tul CB (cina bukit) tau.. wat orang ati panas.. ada ker orang atasan yg mulut mcm tu.. dia ingat dia sapa.. hanya kerana nak pi bank xde sapa yg nk ikut, mcm2 kuar dr mulut dia.. itu ke pegawai atasan yg bagus?.. x pasal2 nk maki hamun org lain yg xnak ikut dia.. lain lah kalo kena Q kat bank tu, cuma masuk kan kat mesin cek jek.. mcm bagus sgt!!!.. kalo bawa kerani, kerani kena masukkan cek, pastu dia wat apa kat dlm keta.. sedap duk kena air cond.. ini lah masalah kat tempat keje kitorg.. org atasan x kira lah dr department mana pun, suma pentingkan diri sndri.. semua gler kuasa.. kadang2 x pham ngan org atasan kat sini tau, kebajikan pekerja langsung x dijaga.. semua pentingkan diri sendiri.. sapa jek yg baca tulisan zura hari nie selain dr team blog nie sndri mesti pikir zura yg bukan2 sbb tulis mcm nie tp kalo x percaya datanglah & rasailah sndri mcm mana azabnya.. bos kitorg ok tp oleh kerana bos jarang ada kat opis so org2 kanan bos nie la yg perasan 'bos'.. geram betol zura ari nie.. semua dok lantang bersuara ari nie, kalo kena panggil ngan bos pun, kita ada jawapan sndri, bkn nya susah.. tp nasib baik bos kitorg nie mmg ok sgt.. biasanya kalo ada aduan atau apa pun x kiralah dr pihak mana pun, dia akan selidik dr awal hingga akhir,, nasib baik bos telus sbb kalo mcm org kanan dia gak perangainya kompom dh kena bakar sykt nie.. hei! sakit tul hati.. sian fairus yg kena wat keje menimbun gara2 yg lain lantang bersuara (sorie fairus).. dh x leh handle lah.. eh dh x tau nk cakap apa lg dek kerana panas hati yg amat.. dh lah, jumpa lain kali.. nk muhasabah diri jap..

Friday, December 5, 2008

salam jumaat.....

assalam mualaikum w.b.t

salam ari jumaat semua.. ari nie zura kurang bz sbb suma dh selamat disetelkan, geng yg lain semua sedang berhempas pulas siapkan apa yg patot (pulas pun x brape nk pulas sgt la, blh caya ker dorg nie wat keje sbb kalo nk tgk senyap nyer mmg la mcm org bz tp cuba pi tmpt sorg2. hehehehe) sbb nk cuti panjang nie kan.. besok sabtu minggu pertama (mmg x keje), lusa hujung minggu (hari manjakan diri), tulat public holidays (raya qurban).. zura pun x brape ada plan sangat.. bsok makcu zura kat parit raja, b.pahat datang tido kat umah (kompom mlm tu kita semua pi jalan2 cr makan sampai lewat mlm nyer n kompom berembun sbb tu lah kegiatan zura ngan makcu zura) sebelum kita semua beramai2 ke umah nenek zura kat larkin.. adik badek mak berkumpul kat umah nenek sebabnya kitorg ada plan nk wat BBQ kat sana.. kompom kecoh kat sana mlm raya.. masing2 akan keluarkan makanan yg telah dibincangkan sblm nie.. ada daging salai, ada burung puyuh, ada kepak ayam, ada otak2 (kempas nyer lagi), ada satay, ada jagung bakar, ada hotdog (terliur dah kan!!!) dan banyak lagi lah.. adik badek mak mmg suka berkumpul dan buat makan2 mcm tu dan mungkin disebabkan tu lah hubungan kekeluargaan rapat sangat.. alhamdullillah.. k lah, zura dah xde apa lg nk cakap sbb jap lg dah time rehat (12.00-14.45 utk ari jumaat la) so nk balik umah, rehatnya lama sangat kan tp best la kan.. hehehehe.. oh ya! nasib baik x lupa, salam aidiladha untuk semua kawan2 dan semua umat islam di seluruh dunia (mcm ramai nah la yg jenguk blog nie kan, ngalahkan artis lak, hehehehehe).. mmmuuuaaahhhh.. selamat bercuti..

Thursday, December 4, 2008

jom camping........

assalam mualaikum w.b.t

dah lama rasanya x pi cuti2 nie walaupun area dlm johor jek pun, at least blh gak lah release tension, ye tak.. last june 2008, zura ngan kawan2 ada organize utk pekrja kat tempat kitorg nie pi camping.. ramai sangat yg pi.. ingat x dapat sambutan n last nya x sangka ramai yg nak join (hampir 60 org n diorg bawa family masing).. oleh kerana ini aktiviti pertama yg zura n kawan2 organize so byk kekurangan tp alhamdullillah kita berempat x dapat komen yg x best.. nie pun diorg dah bunyi pada zura ngan kawan2 utk organize camping utk next year.. boleh tahan gak lah kitorg nie kan.. so kitorg ngah cr tempat2 yg sesuai utk camping n biasanya kitorg akan cr tempat yg sesuai utk kanak2.. takot membahayakan kesihatan kan.. kita mesti sentiasa jaga aspek keselamatan nie suma.. cuba tgk la pic yg zura lampirkan tp masa tu kak zana x dpt join pada saat2 akhir n masa tu tgk la betapa chubby nyer fairus sbb dia ngan sarat ngandung ank no 2.. nak ikot gak mak buyong tu.. kak lin mcm biasa la ngan tentera dia yg 3 org tu.. zura pun mcm kebiasaan bawa parent, abg ngan kak ipar (ngan buah hati pengarang jantungku si daniel adam tu) n makcu zura 1 family.. pastu org2 lelaki ada aktiviti memancing n diorg dapat ikan pari seberat 5kg (kalo masuk pertandingan JORAN kompom menang tempat pertama)..





pic zura sefamily.. ayah & mak serta makcu dan anak2nya..

nampak x ikan pari yg sedang dibakar.. 5kg tu....

nie la anak kak lin no 3, jd rebutan sbb suma org nk pegang dia.. nama manja ira..

nie lah buah hati pengarang jantung zura.. mohamad daniel adam..


nie pic zura ngan makcu zura ngan sepupu zura.. sepupu bawah umo lg k..


nie lah org kuat kitorg.. dia pun geng kitorg tp tgk la nama blog kita apa kan, kalo dia join, dh lain lah jadinya, ye x?.. hehehehe..


kipas jgn x kipas.. nie husband fairus..


nie la tentera kak lin no1 ngan no2.. yaz ngan killa..


nie la mak buyong.. dah sarat pun nk ikot..


nie lah awek yg sentiasa cun n chubby.. hahahahaha.. nk mandi pun sempat posing..


kak lin mmg x penah kenyang tau minah nie..

nie la husband kak lin.. siap paksa anak masuk laut..

nie pic fairus sefamily.. tu la tentera fairus, faiz namanya..

pic zura ngan family lagi..

nie la pic2 yg sempat diambil, tu pun x masukkan semua sbb byk sgt pic yg diambil.. tp semua mknan lunch masa smpai ari pertama, bbq mlm tu n sarapan pg besoknya sblm balik disediakan oleh zura & kawan2.. dan itulah jugak salah satu kenangan manis antara kami semua dengan arwah pekerja kami yg turut serta dlm camping masa tu.. arwah telah pergi akibat kemalangan dan meninggal dunia di hospital pada 10/11/2008 @ 0100hrs.. semoha roh nya dicucuri rahmat.. Al-Fatihah..

Wednesday, December 3, 2008

mutiara kata....

Bercinta kerana dicintai adalah sesuatu yang biasa, tetapi bercinta kerana perasaan cinta itu sendiri adalah sesuatu yang suci.

Cinta adalah pelajaran yang sukar dalam kehidupan, sebab itulah cinta harus diberikan perhatian untuk dipelajari dan difahami..

Remember that great love and great achievement involve great risk..

You cannot be brave if you’ve only had wonderful things to you..


They are so many fine man outside there but I only need you be my side to get my happiness, my dream, my future and everything I want in my life b’coz I believe when I’m with you, anything can happen..


*mesti ada yang mkn hati baca mutiara kata nie kan.. nie zura dpt dr bahan bacaan yg zura baca.. x larat nk wat ayat sampai macam tu sekali..

Tuesday, December 2, 2008

enjoy........................

ari ni keje macam biasa je.nak kata sibuk x juga,nak kata x sibuk pun x juga.senang kata boleh relaks la.lagi pun cb x de ari ni.memang relaks la.bila ada keje boring,x de keje pun boring.x tau la macam mane.janji rock la.kenapa kawan2 semua senyap je?sibuk ke?ala x yah la buat2 sibuk kawan2.sebenarnye korang semua bukan sibuk sangatkan.saje la tu.

Monday, December 1, 2008

Ari boring la..........

Ari ni boring la sebab kena gi keje drive sendiri.maklumlah biasanye orang hantar ni kena gi sendiri.kena hantar anak2 dulu baru gi keje.nak buat cam ne,nak x nak kena kuatkan semangat juga.ingatkan rehat x keluar tapi abang amik plak.ari pertama keje cuma lapor diri je,pas tu gi medical,gi angkat sumpah gi bank.entah la apa lagi,macam2 nak buat.ni pun jap lagi nak buat keje haram sikit la.nak potostat tu.banyak yang nak di potostat tu.nak kata haram x haram sangat la.(kawan2 ok kan?)

kehilanganmu.....

Dahulu...
Cintamu mendamaikan hatiku
Suaramu menghilangkan rinduku
Kasih sayangmu menghiburkan duniaku
Kesabaranmu menghilangkan resahku
Perhatianmu meredakan kesedihanku
Tetapi...
Kehilangan cintamu meresahkan hatiku
Kehilangan suaramu membangkitkan rinduku
Kehilangan kasih sayangmu mengelirukan duniaku
Kehilangan sentuhanmu meruntun jiwaku
Kehilanganmu mengundang resahku
Ketiadaanmu membunuh kebahagiaanku....


zura share lg 1 hasil nukilan zura.. nie zura siapkan pada 05/12/2007, kalo x silap lah.. dulu zura suka menulis, mengarang dan apa jek lah yg berkaitan ngan pen & kertas (maklum jek lah bdk sastera la katakan) tp oleh kerana dek sibuk ngan tugasan harian, zura makin menjauhkan diri dengan bidang yang paling zura sukai.. tapi sapa tau lepas nie zura akan aktif semula n mula menghasilkan nukilan lg lbh kreatif kan.. sapa tau kan.. k la, see ya next time..

semalam, hari nie & masa hadapan....

salam....

malam td mcm biasa lah kalo dah ari ahad kompom mkn luar sbb kasi rehat kat mak lah kan.. bkn anaknya x leh masak tp kurang rajen la kan (tp pandai masak ok).. so venue smlm ke kg melayu.. mkn kat area depan masjid.. dia nyer murtabak special, blh kemecir sapa yg dah tau nikmat mkn kat situ.. bkn tu jek ABC special & ais jagung dia mmg power (ABC special ada ice cream 2 scoop lg ok).. suma mknan kat situ mmg sedap2.. x penah mengecewakan.. sbb tu suka ke situ tau.. lagi 1 tmpt mkn yg best kat situ roti prata yg kat pasar kg melayu.. smlm pg pun pi breakfast kat stu.. mmg power (roti prata mandi, mak aih!!).. tp kat situ jek la yg best.. kat pasar tp bahagian depan tau kat ngan bus stop.. cukup lah citer pasal semalam.. (kak zana boring jek sbb blm smpt nk pi test power mkn kat situ)..

ari nie kan senin so standard la bz yg amat kan.. dah la td pg kena jem w'pun x panjang tp menyeksakan.. (sapa x tau highway pasir gudang tu mcm mana kan).. smpai jek opis keje berlambak.. suma kena submit ari nie.. bos datang la plak ari nie so kena ACTION!!! (kebetulan mmg ngah byk keje kan so x yah lah berlakon sgt).. ari nie plak blm sentuh lg makanan.. bkn xde selera tau tp x sempat.. ( tipu bebenor kalo zura x berselera).. ari nie pun geng cukup.. tp kak lin ngan fairus bawa virus (selsema).. so agak terganggu gak lah ngan pembawa2 virus nie (sat lg kompom kena keroyok nie).. kak zana mmg bz amat ari nie, kurang bercakap tau dia tp kompom dia penat sbb moto kitorg kan penat bila diam.. hehehehehehehe..


ari nie mmg agak memenatkan tp ada 1 perkara yg buatkan zura bersyukur.. ari nie segala kesilapan yg dilakukan oleh org atasan akibat kurang percaya kat staff sendiri n sikap kurang amik tahu hal orang yg berada di bawah tp lbh percaya pd org luar akhirnya kesedaran tu npk dgn sendiri nya.. alhamdullillah.. sekurang2 nya, nasib sesetengah org akan di bantu.. walaupun kita sekadar membantu apa yg patot jek tp sekurang2nya kita boleh membantu org lain untuk mengurangkan beban dan menuntut keadilan.. ALLAH tu maha berkuasa.. semoga individu terbabit sentiasa kuat, bersemangat untuk mulakan kehidupan yg baru pada masa hadapan selepas kehilangan tempat bergantung, tempat mengadu dan org yg paling disayangi.. semoga kak i_ _ lebih tabah mengharungi kehidupan & dugaan yg bakal dilalui bersama amanah yang ditinggalkan untuknya di masa yg akan datang.. amin..

Saturday, November 29, 2008

cuba baca

Ada sesuatu yg menarik utk dibaca, akk jumpa kat blog izman..

Sharing Interesting Hobby: Nine words women use...


Amacam, menarik kan...

kawen?...

semekom...

hai! bln cuti sekolah nie org panggil 'bulan kawen sedunia'.. byk betol jemputan kawen tau.. ari nie jek zura pi 3 tmpt.. kalo x pi x sedap plak sbb kawan2 kan.. lagipun diri sendiri belum lepas so time mcm nie lah amik berkat sket kan.. hehehehehe.. sambil menyelam, minum air kata orang tua2.. mana tau jumpa jodoh kat majlis kawan2, kita x tau kan (ank dara sapa la gedik nih!!!).. whatever pun, sbb utama sudah semestinya dapat kumpul ngan kawan2 yang dah lama x jumpa kan.. so harap2 ari nie zura x kena 'macet' (tu lah kalo duk johor nie byk chanel indon dapat kan).. kay la, see ya next time.. ada keje sket nie nk kena siapkan..


macet = kesesakan lalulintas
*pada sapa2 yg x tau lah, kang terpinga2 plak..

ilang tp ader

hi,
adohh malas yer nak keje ari ni, sbb smlm dah ambik mc kan, macm nak smbung je lg. tak sihat sgt pun lg.tp karang klau cuti lg, makcik2 kat dlm bilik tu menangis la plak. ni pun bila nmpk dah dtg je, trlompat2 makcik2 tu.tu baru cuti 1 ari je, cuba korang pikir, klau kawe cuti lame comporm makcik2 tu naik gila kan. sapa makcik2 tu??? jeng....jeng.......(ala simanggis ngan sibatu tu lah sapa lg) tp bukan ahli blog ni...la. ader la insan terpilih kat opis kitorang ni.
nak citer la sikit,kira ngumpat la ni, tapi kawe memang nak sharing dosa pung ngan korang.makcik2 ni name je pompuan tp kawe tak tau la nak describe dorang mcmna sbb yer.....diorang ader ati tp syg sejutaaaaaa kali syang tak ader sifat keperimanusiaaaaan.why?????(ceh ckp london la plak) nak kawe smbung ker, takpelah next time jeeeer kawe citer pasal makcik2 ni k.
utk kzana yg kena tinggal smlm, sori la yek tak bgtau, smlm kawe memang sakit sesgt. kesian kzana.

utk resipi nanti la kawe share, skarg ni kawe masih wat experiment lg, lum ader idea lg. takpe nanti kawe bg yer, tp resipi2 ni kawe selalu wat simple2 jer.

ok, nanti smbung lg ader keje nak wat kkkkk.
bye....

Friday, November 28, 2008

Huk Huk Uhuk...

Sampai hati tau korang tinggalkan akk sorg2 kat opis petang ni...
Bosannya hanya Tuhan yg tau, sampai mulut kering tak berckp...he he

'org2 penting' sibuk pasal bonded hilang..a'ah, mmg bonded hilang..
diorg sibuk akk buat tak tau je, molong suruh fax pun akk buat tak tau je..

oh lupa, hj tak dtg opis pun...lega la skit..

td masa keja byk idea nak ckp pada korang, dah kul 5 abis pulak idea, ingat nak balik je, semua
org dah balik...nak main game pun takde mood tau

ok bye la

hari kureng....

semekom..

ari nie kan mcm sunyi sket sbb nya fairus cuti, kak lin x dpt citer lg.. kalo ari biasa, kalo bercakap ada jek yg nyampuk.. bkn 1 jek tau, tp 3 mulut yg berbunyi.. so kalo nk bercakap kena hati2, ada jek yg cr salah.. hehehehe.. biasa mmg mcm tu la tp disebabkan tu lah kitorg rapat.. bila x cukup team mcm nie, plg kuat pun kak zana jek yg jawap.. tp yg lg kesian nyer, zura 1/2 days ari nie tau.. so kalo kak lin mmg amik cuti emergency, kak zana tinggal sorg la jawapnya.. kompom penat dia diam.. hehehehe.. ari nie plak ari jumaat kan, start 12.00t'ari dh rehat, naik plak kul 2.45ptg.. sedap la kak zana tido.. mcm zura, tiap ari jumaat mmg balik umah sbb rehatnya mcm lama sgt kan.. ari nie, bos masuk opis.. bos kitorg jarang masuk opis tau, byk kat HQ jek..k, lah, take care kak zana.. have fun..

macam-macam

hai, selamat pagi..

macam2 berlaku semalam...
korang tau kan hari selasa lepas akk balik rumah ada kucing mati 'dibunuh' kat depan rumah akk. sampai hampir trauma akk tau..he he (skrg dah boleh makan ayam tau...ada sesapa nak belanja?)..ina sebelah kata dia beritahu kak S tu pasal kucing dia mati dpan rumah akk, nak tau apa dia jawap?
"aku tak mau ambik tau, dia nak mati kat mana, berak kat mana, kau apa sibuk!'"
begitu la lebih kurang sebahagian dari kata2nya.. tak baik kan, dah la slalu sgt taik kucing dia kita cuci, boleh ckp mcm tu...biar lah dia, Allah akan balas juga nanti.

macam2 berlaku semalam...
lebih kurang kul 1 pagi, blok depan terbakar..blok 27 dekat dgn bus stop tu..

mulanya aku dah hampir tido, dgr radio jap..tetiba dengar siren, akk ingat "sapa la yang bersalin pulak ni"...then siren kedua mangkin kuat, lalu depan blok akk tau...ada bomba & polis datang..terus akk bingkas bangun buka tingkap, nampak org berlari ke arah blok tu (dari bilik akk tak nampak blok 27)...bila ina sebelah keluar akk pun keluar la, dah hitam kat dinding tingkat 1 tu...dengar cerita motorsikal yg parking bawah blok tu yg terbakar, kat bawah tu kan selalu budak2 lepak hisap rokok..kesian la sapa punye motor tu yek...katanye 4 buah motor terbakar, dapat selamatkan 2 buah je..

ok la, habis cerita buat pagi ni..over & out


Thursday, November 27, 2008

KREATIF : cinta..........

cinta,
kau hadir tanpa di duga
datangmu dalam rahsia
mengetuk hatiku yang sedang duka
untuk ubati lara di jiwa
cinta,
walaupun kau bukan yang pertama
tapi ku jamin kau selamanya
bila cinta terpatri bersama
dua jiwa bersatu lah ia
cinta,
aku tahu kau setia
menggamit cintaku sembuh dari luka
walaupun cinta baru lekat di jiwa
tapi ku tahu ia kan abadi selamanya
cinta,
kenangan lama berlegar di dada
mencuit kebahagiaan yang baru bermula
tetapi akan ku gagahi jua
semoga cinta bersemi selamanya
cinta,
kenangan lama sandaran di jiwa
kenangan baru sedang di cipta
walaupun yang lama tersemat di jiwa
tapi kau satu dalam sejuta............


hehehehe.. jiwang karat rupanyer zura nie kan.. bkn apa, ini hasil nukilan zura dulu2 la.. nukilan nie zura buat pada 27/02/2006.. masa tu mmg suka mengarang tp dh lama sgt la x mengarang.. zura saja nk share nukilan zura pada suma yg sudi nk baca.. nie pun zura amik kat www.AnuarZain.com.my sbb byk gak lah nukilan zura kat situ.. nama pun die hard fan AZ kan, kompom lah jd ahli kat website dia.. lama gak x jenguk website AZ.. kat sana byk nukilan kawan2 zura, kalo ada masa pi la jengah2 website AZ.. kalo ada masa nanti, zura letak lg ae nukilan zura kat sini.. see yaaa....... mmmuuuuuaaahhhh....

rojak

hi, suma pekabo. sebenaq yer kawe takde citer sgt nak diciter kan. dr dulu lg masih cekolah rendah smpai ler skrg ni tak suko nak brciter sgt. nak kata ader diari seumur idup tak pornah ader menatang diary ni. tp di sbbkan nak same2 brsaing ngan teknologi skrg yg ader diary eletronik (org kata la,eden tak kato aper2 pun)tu la eden nekad jo tulis je la aper yg patut.bahasa pun eden rojak2kan ader dr nogori , ader dr kelate, sory la dah tak tau nak tuleigh pekebendo yer ni.
sory la takde idea la. bhenti jap kita minum dulu......!!!!!!!!!nanti sambung lg ekk

Wednesday, November 26, 2008

Assalamualaikum....

Blog ini diwujudkan untuk kita berkongsi cerita yang boleh dijadikan tauladan.Cerita yang dipaparkan tiada kaitan samada yang hidup atau pun yang telah tiada.Ini hanyalah untuk memenuhi aktiviti di masa lapang sahaja.Ok.

Pengenalan Ahli Blog

Blog nie dipelopori oleh kaum wanita yang gigih la kononnya (multitask) blog nie kita semua sharing each other x kisah pasal apa pun, sapa pun, benda apa pun tapi itu lah kelebihan ahli blog nie tau suka sharing.. lagi satu persamaan kita suma ialah kita suma suka bercakap.. kiranya kalo org lain penat sbb bercakap tapi kita 4 orang nie penat bila x bercakap.. hehehehe.. pelik skit kan.. itu la kelebihan kita suma.. tapi karekter kita berlainan antara satu sama lain.. kat sini zura akan citer serba sket tentang ahli karekter ahli blog nie.. nie pandangan pada side zura la.. hehehe..

kita mula ngan kak lin atau nama sebenar dia norazlina.. dia nie org tenggaroh, mersing.. kak lin dah berumahtangga.. anak dah 3 org dah.. dia nie pakar la bab resepi nie.. tiap2 bulan kalo nk cr sapa yang ada majalah RASA, cr dia jek lah.. tp kitorg x pernah rasa pun resepi kat dlm majalah RASA tu ( jgn marah eh kak lin).. kak lin nie bahagian akaun kat syarikat nie.. umo dia akhir 20anla.. cukup lah dulu pasal kak lin, kang kena plak jap lg kalo tulis pjg sgt pasal dia..

pastu kita berkenalan plak ngan kak zana atau nama betol dia zanariah.. kak zana nie kiranya senior kitorg la.. mcm ketua kitorg la (bkn ketua kump mafia ke apa tau).. kak zana nie org pontian.. dia nie bahagian admin.. kak zana nie kiranya tempat rujukan kitorg lah mcm library tu.. hehehehe.. kak zana nie garang sket tp ok.. kak zana nie mcm zura gak, ank bongsu so ada sket sifat manja la tp oleh kerana dia paling senior so kena sorok sket la sifat manja dia nie.. kak zana nie suka membaca.. idea blog nie dr kak zana gak.. kita ke ahli seterusnya..

minah sorg nie namanya fairus (nama dia mmg fairus jek).. org tenggaroh gak la sekampung ngan kak lin.. ( sekampung gak ngan memey yang ngah sorok tu).. hehehehehe.. fairus nie orgnya kecik jek tp garang nyer mak ooi.. susah nk ckp tp kitorg mmg gurau mcm tu pun sampai kdg2 ada org salah sangka ingat kitorg gaduh.. minah nie paling muda tp anak dah 2 org dah.. so xkan dapat la title yg paling bongsu kan.. dia nie bahagian operation sama ngan zura lah.. tp zura ngan minah nie dr dept yg lama lg la (xleh bgtau dept apa).. x yah citer byk2 la pasal minah nie, nnt zura gak yg kena marah..

akhirnya sampai gak turn zura.. nama betol nor fazura (bkn pelakon yg ketuk org ngan tumit kasut tu tau).. umo awal 20an (single & available) hehehehehehe.. zura nie org mmg asal bandar la, so xde kampung pun.. nak kata garang, x lah sgt.. nk kata lembut sgt pun mcm salah jek.. ntah la, x tau nak klasifikasi kan mcm mana.. yg sedang2 jek kot.. tp manja sket la (puji diri sndri plak).. tp mmg suka memekak.. bkn memekak x tentu pasal tp suka nyanyi lah.. sampaikan kdg2 kak zana, kak lin ngan fairus bengkak jek ngan zura.. hehehehe.. nk buat mcm mana, ada bakat terbenam kan.. suka bebenor ngan anuar zain (kalo dapat AZ tu, sumpah x cr lain tau).. ntah bila la dapat nya tu kan, dlm mimpi je lah jawabnya..

ok lah, enough for today.. lain kali zura tulis lg.. idea x mari lagi nie.. mmuuuaahhh...

Pembuka bicara

Assalamualaikum...

Salam muhibah untuk semua..Semoga apa yang akan dikongsi bersama
dijadikan sekadar bahan bacaan dan pengalaman utk dikongsi sesama..

Wasalam...